Pegawai Pelajaran Daerah

Haji Suhaimi Bin Rashid A.M.N


Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Rozali Bin Mazlan


Direktori

 

No.Telefon

Senarai Nama

Pentadbir Sekolah


Takwim

TAKWIM PPDHS 2010

Kalender Sekolah

Kalender Peperiksaan


Buletin & Artikel
 Sektor-Sektor
 Pengurusan Akademik
 Pengurusan Sekolah
 Maklumat Umum
 Laporan Aktiviti
 Dokumentasi
 Buletin
 Prosiding
 Peristiwa Menempuh Masa
 Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
 Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
 Pengurusan Pendidikan Islam & Moral
 Pengurusan Pembangunan & Bekalan
 Artikel-Artikel

Borang Maklumbalas Pelanggan

Borang Maklumbalas Pelanggan


Pelawat Setakat Ini
1698397 Visitors

Siapa Dalam Talian?
No Users Online

Pautan

JPN Selangor

Kementerian Pelajaran Malaysia


Statistik Web
OS: Linux r
PHP: 5.2.12
MySQL: 5.0.91-community
Time: 04:39
Members: 419
Hits: 1698397
News: 297
WebLinks: 7

Privacy & Security Policy

Hakmilik Copyright (C) 2008 Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

PENAFIAN: PPD Hulu Selangor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.


 

Laman Induk
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


PPD Hulu Selangor tidak lagi menggunakan laman web ini sebagai laman web rasmi PPD. Alamat baru laman web PPD Hulu Selangor adalah http://www.moe.gov.my/ppdhselangor.

Sebarang kesulitan harap dimaafkan.

- JK laman web PPD Hulu Selangor.



Garis Panduan Penubuhan Tadika  
Wednesday, 27 July 2005

Jabatan Pendidikan Selangor

Jalan Jambu Bol 4/3E, Tel : 03-55186204/55186202

Seksyen 4, Fax : 03-55102133

40604 Shah Alam

_______________________________________________________________________________

PROSES PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN

INSTITUSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH (TADIKA) SWASTA

1. PROSES 1 : KEMUKAKAN PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada:

Pendaftar Sekolah-Sekolah Selangor

(Pejabat Pelajaran Daerah)

Pemohonan hendaklah dihantar mengikut daerah yang berkaitan.

dengan ringkas menyatakan tujuan penubuhan, peringkat persekolahan dan jenis kursus ditawarkan dan alamat tetap lokasi yang dipilih.

Permohonan hendaklah disertakan :

i. Pelan lokasi lengkap (lakaran) kedudukan kawasan sekeliling

ii. Pelan tapak bilik-bilik lengkap berukuran (lakaran)

iii. Nama-Nama tadika beralamat penuh di sekeliling 3km/300 buah rumah di kawasan taman perumahan

iv. Surat Persetujuan jiran-jiran terdekat mengandungi nama, no: kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan. (10 buah rumah yang terhampir dan perlu ditandakan didalam pelan lokasi)

v. Surat Perjanjian Sewa Bangunan

vi. Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) sekiranya bangunan baru siap dibina.

vii. Kertas kerja (Garis panduan disediakan)

2. PROSES 2 : BORANG-BORANG PENDAFTARAN DAN SURAT SOKONGAN

AGENSI

Permohonan yang lengkap akan diberi borang pendaftaran institusi.Selepas menerima semula borang yang diberi, Jabatan akan mengeluarkan surat sokongan penubuhan kepada agensi berkenaan untuk mendapatkan pandangan dan sokongan:

i) Pihak Berkuasa Tempatan

ii) Jabatan Bomba dan Penyelamat

iii) Pendaftar perniagaan ROB/ROC/ROA

3. PROSES 3 : LAWATAN PENGESAHAN

Lawatan pengesahan premis akan dibuat selepas Jabatan menerima sokongan daripada agensi yang berkaitan.

4. PROSES 5 : SURAT KELULUSAN DAN TAWARAN SYARAT

Setelah menerima persetujuan dari pihak berkenaan di atas para 4, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dengan syarat-syarat tertentu yang berkaitan.

6. PROSES 6 : SIJIL PENDAFTARAN

Sijil Pendaftaran Sekolah akan dikeluarkan setelah pemohon mengaku bersetuju dengan syarat yang dikenakan.

CONTOH

BORANG SURAT PERSETUJUAN JIRAN UNTUK PROSES PENUBUHAN INSTITUSI TADIKA

Nama : ………………………………………………..

No: Kad Pengenalan : ………………………………..

Alamat Penuh Rumah Jiran : ………………………… ………………………………………………………… ………………………………………………………...

Kepada:-

Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Selangor

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Jalan Jambu Bol 4/3E

Seksyen 4

40604 Shah Alam

Tuan,

PERMOHONAN PENDAFTARAN TADIKA ………………………………………………………

DI ALAMAT …………………………………………………………………………………………

Saya seperti nama dan alamat di atas bersetuju/tidak bersetuju di atas penubuhan tadika tersebut di

alamat …………………………………………………………………………………yang dipohon.

2. Saya bernama …………………………………… No: Kad Pengenalan : ……………………

yang tinggal di rumah no: ……………………………………………………………………………….

tiada mendirikan apa-apa halangan/membantah * penubuhan tadika di (tuliskan alamat penuh tadika

yang akan ditubuhkan).

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(………………………… )

Tandatangan Disaksikan Oleh: ………………………………..

Nama Penuh: ………………………………… Nama Penuh: ……………………………………

No: Kad Pengenalan: ………………………… No: Kad Pengenalan: ……………………………

NOTA: * Potong Yang Tidak Berkaitan.

GARIS PANDUAN KERTAS KERJA PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TADIKA

Kertas kerja yang disediakan haruslah lengkap, kemas dan tertib yang membolehkan jabatan ini dapat dengan mudah membuat penilaian sesuatu permohonan benar-benar mempunyai merit dan keupayaan.

1. Tujuan/Objektif dan Justifikasi terhadap penubuhan institusi tersebut.

2. Butiran lengkap pemohon:-

2.1. Nama Penuh.

2.2. No. Kad Pengenalan.

2.3. Taraf Warganegara.

2.4. Alamat Rumah.

2.5. Alamat Surat Menyurat.

2.6. Pekerjaan dan Alamat Majikan.

2.7. Kelulusan Akademik.

2.8. Kelulusan Ikhtisas.

Sertakan salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil persekolahan, diploma, ijazah dan lain-lain yang telah disahkan.

3. Nama Tadika. Cadangkan 3 nama dan berikan sebab nama tersebut dipilih.

4. Hakmilik Tadika. Persendirian/Perkongsian/Syarikat/Persatuan.

4.1. Jika persendirian, nyatakan namanya.

4.2. Jika perkongsian, nyatakan nama-nama ahli kongsi dan ekuiti masing-masing.

4.3. Jika syarikat, nyatakan nama pemiliknya dan ekuiti masing-masing. Sertakan salinan pendaftaran syarikat. M & A, Borang 24 dan Borang 49.

4.4. Jika persatuan, nyatakan ahli jawatankuasa persatuan. Sertakan salinan pendaftaran pertubuhan.

5. Pengurusan. Senaraikan mereka yang terlibat.

5.1. Pengerusi

5.2. Guru Besar/Pengetua

5.3. Guru-Guru

5.4. Kakitangan

Sertakan salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil persekolahan, diploma, ijazah yang telah disahkan.

6. Kursus/Program.

6.1. Senarai mata pelajaran diajar. (mengikut Kurikulum Kebangsaan Prasekolah)

6.2. Sukatan pelajaran ringkas tiap mata pelajaran.

7. Bilangan pelajar maksima yang dirancangkan bagi satu-satu pengambilan.

8. Bahasa Pengantar Utama/Kedua.

9. Sesi dan cadangan jadual waktu lengkap satu minggu.

B.Melayu : 2 jam seminggu

B.Inggeris : 2 jam seminggu

Kerohanian moral : 2 jam seminggu

10. Yuran: Nyatakan struktur. Nyatakan asas/kriteria yang digunakan untuk menentukan yuran-yuran berkenaan.

i. Yuran Pendaftaran - sekali sahaja.

ii. Yuran Pendidikan (Yuran semua pengajaran dan pembelajaran yang dimasukkan di dalam jadual waktu) - sesemester ( 6 bulan).

iii. Yuran Khas (Yuran makan minum, alatulis, sukan tahunan, konsert dan lain-lain) - setahun sekali

· Bayaran uniform, pengangkutan, buku teks, insuran tidak dimasuk kira di dalam yuran.

· Yuran-yuran hendaklah selaras dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan serta mengambilkira yuran-yuran tadika lain di sekelilingnya.

11. Butiran modal/kewangan yang terlibat untuk penubuhan tadika ini.

12. Satu cadangan akaun untung rugi bagi satu bulan.

13. Butir-butir kemudahan yang akan diadakan – perpustakaan, makmal, peralatan permainan dan lain-lain.

14. Maklumat bangunan /premis

14.1. Jenis bangunan

14.2. Lokasi

14.3. Alamat bangunan.

14.4. Butir-butir tuan punya/pemilik bangunan.

14.5. Bayaran sewa/tempoh sewa/lease

14.6. Bilangan bilik darjah/makmal/perpustakaan/bengkel/pejabat dan lain-lain

Last Updated ( Wednesday, 27 July 2005 )

September 4th 2010
RIGHTBOX
   
 
Perkhidmatan On-line


 



Aplikasi on-line

( Kakitangan PPDHS Sahaja )

Emel KPM


PIPP 2006-1010


Mutiara Kata

Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.

( Maksud hadis ).

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).



Site Last Updated on  April 16, 2010, 4:51 pm